728 x 90
728 x 90

DMHOME_S04_0172_1 (1).jpg
Sosiopolitik Islam
انتشارات
UKM Press ,
لینک خرید
---
زبان محتوا
مالایی , ...
DMHOME_S05_0333 (1).jpg
معرفی اجمالی :

Gerakan Islam didefinisikan sebagai aktiviti ummah secara berorganisasi dan bersistematik bagi mengembalikan Islam dalam kepimpinan masyarakat dan bagi memandu seluruh kehidupan. Aktiviti ini tidak terhad dalam aspek politik, bahkan merangkumi bidang tarbiyah, sosial, ekonomi, jihad, dakwah, media komunikasi, pemikiran, ilmu, intelek dan budaya. Kejayaan sesebuah gerakan Islam adalah kejayaan usaha dakwah itu sendiri. Ia bermakna pendekatan dan strategi yang diolah itu mestilah sesuai dengan keadaan semasa dan yang paling penting ialah kemestian untuk mencapai matlamat dakwah. Oleh sebab strategi dan pendekatan itu perlu realistik dan relevan, ia tidak semestinya mengambil keseluruhan pendekatan yang telah dan pernah dilakukan oleh ulama yang terdahulu. Politik Islam tidak hanya tertakluk kepada form, tetapi juga substance kerana perbezaan masyarakat antara dahulu dan sekarang. Maka pemimpin gerakan Islam boleh untuk membuat pendekatan baru yang mungkin tidak sama bentuknya dengan pendekatan terdahulu tetapi menjaga tujuan asas dakwah itu sendiri. Ia tidaklah semata-mata berlandaskan kepada akal, tetapi juga kepada nas dan kepada sirah Rasulullah SAW. Usaha menerapkan pemikiran sosiopolitik Islam merupakan strategi tersusun bagi membangunkan Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna dari seluruh aspek kehidupan. Misi dan visinya bergerak atas dasar dakwah para rasul dan kemudiannya diteruskan melalui geraka para ulama haraki. 15 Dewasa ini, sosiopolitik sentiasa mengalami perubahan selari dengan tuntutan zaman selama mana tidak melanggar tujuannya, iaitu pencapaian maslahah kekuasaan dan kepimpinan bagi umat dan Islam itu sendiri. Dengan itu, sosiopolitik Islam memerlukan kecermatan dalam menilai petunjuknya kerana ayat dan sunnah nabi itu datangnya dalam bentuk yang umum, justeru ijtihad para ulamalah yang menghubungkaitkan antara syariat dan realiti sehingga kefahaman tersebut berupaya membezakan antara nas yang bersifat tetap dan mengikat sepanjang zaman dengan realiti yang sentiasa berubah-ubah aturannya.

معرفی کتاب